Make your own free website on Tripod.com
Text Box: MENU 1 : SANDWICH BERTINGKAT
Bahan-bahan:
Sebungkus roti 
2 batang lobak merah 
2 biji timun 
3 biji telur 
Mayonis 
Sardin yang telah ditumis

Cara-cara membuat:
Sediakan tiga keping roti. Setiap kepingan roti tersebut disapukan dengan mayonis. 
Letakkan dua keping potongan timun dan lobak merah ke atas roti yang telah disapukan mayonis tadi.  
Kemudian sapukan mayonis ke atas kepingan roti yang baru dan diisi pula dengan telur yang telah hancur digoreng.
Seterusnya, sapukan mayonis pada roti untuk membuat lapisan yang baru.
Lapisan yang akhir sekali, isikan sardin yang telah ditumis dan cantumkan dengan roti yang baru.
Sandwich siap untuk dihidangkan. 

Selamat menikmati hidangan !
Text Box: MENU 2 : SANDWICH AYAM ISTIMEWA
Bahan-bahan:

Roti  
Daging ayam 
Kentang 
Garam 
Salad (dipotong memanjang) 
Mayonis 


Cara-cara membuat:
Daging ayam digaulkan bersama garam dan dikukus sehingga masak. 
Kemudian daging ayam tersebut dicarit halus.
Rebuskan kentang sehingga masak dan dipotong dadu. 
Seterusnya, daging ayam yang dicarit tadi digaul bersama dengan kentang dadu dan salad. 
Masukkan mayonis secukup rasa dan gaul sehingga sebati. 
Sapukan roti bersama mentega dan ratakan daging ayam ke atasnya. 
Akhir sekali, cantumkan roti tersebut dengan roti yang baru.  
Sandwich lebih sedap dimakan ketika sejuk. Masukkan  sandwich ke dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dihidangkan. 
Selamat mencuba !
Text Box: MENU 3 : SANDWICH SARDIN

Bahan-bahan :  

Lapan keping roti  
Satu tin kecil Sardin Ayam Brand 
Mayonis 
Marjerin 
Lada Sulah 
Salad dihiris 
Bawang besar dipotong dadu 
Timun dihiris 
Cili merah dihiris


Cara membuat :

Hancurkan sardin di dalam pinggan. 
Masukkan bawang, cili dan lada sulah ke dalam pinggan sardin. 
Sapukan marjerin dan mayonis di atas roti. 
Letakkan timun dan salad di atas roti kemudian sapukan dengan sardin tadi. 
Cantumkan dengan sekeping roti.
Tekan sedikit, hiris tepi kelilingnya kemudian potong tiga segi.  


Selamat menjamu selera !

MENU RINGKAS PENYEDIAAN MAKANAN