Make your own free website on Tripod.com
Text Box: 				Air dan udara sangat penting kepada semua kehidupan. Semua kehidupan memerlukan air dan udara untuk terus hidup. Terdapat pelbagai jenis air. Ada air sungai, air perigi, air kolam, air laut, air hujan dan air tasik. Kita mendapat air ini dari sungai, tasik, kolam, laut, perigi dan hujan.

				Air diperlukan untuk membersihkan kita dan benda-benda yang kotor. Tanpa air semua benda akan tetap menjadi kotor. Penyakit-penyakit pula akan merebak. Jika air kotor, kita akan mendapat penyakit seperti penyakit taun, cirit-birit, kudis, demam dan hilang selera makan.

				Udara pula diperlukan untuk hidupan bernafas. Jika tiada udara, semua hidupan akan mati. Udara yang tercemar juga boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit seperti batuk-batuk, penyakit kulit, sakit mata dan sukar bernafas. Udara yang bersih dapat membantu kesihatan yang baik.

				Oleh itu, kita hendaklah menjaga kebersihan air dan udara kerana air dan udara merupakan keperluan asas untuk hidup.


Text Box: AIR DAN UDARA