Make your own free website on Tripod.com
Text Box: BAGAIMANA  PENCEMARAN UDARA BERLAKU?

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat bendasing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuhan-tumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing ini boleh wujud dalam bentuk habuk, kabus wap dan gas ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Anda sepatutnya berusaha untuk mengurangkan pencemaran udara. 
Antara amalan yang boleh anda lakukan adalah:

i. Berjalan kaki, menunggang basikal, atau menggunakan pengangkutan awam;

ii. Menghadkan penggunaan barangan rumah yang menggunakan   
   klorofluorokarbon (CFC) seperti penyembur rambut, aerosol, bahan pencuci  
   dan pengilat perabut;

iii. Tidak melakukan pembakaran terbuka.

Salah satu hasil pencemaran udara ialah jerebu. Secara semula jadi, jerebu berlaku akibat pelepasan zarah dari letupan gunung berapi, sejatan garam dari lautan dan debunga tumbuhan. Hasil aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya jerebu adalah pembakaran hutan belukar atau ladang bagi tujuan pertanian, pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan di tapak pelupusan sampah, kegiatan perindustrian dan kenderaan bermotor, aktiviti kuari dan sebagainya.

PENCEMARAN UDARA