Make your own free website on Tripod.com
Text Box: 	Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawasan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. 

Punca Pencemaran

Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah : 

Pembangunan kawasan industri contohnya bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaan, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.

Kawasan petempatan iaitu bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

Kenderaan iaitu kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio/ televisyen dengan kuat.
Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Kesan Pencemaran 

Kesan-kesan pencemaran bunyi : 

Wujud pelbagai penyakit
Menjejaskan produktiviti
Gangguan psikologi
Hilang imbangan diri
Pekak
Kesan kepada ibu yang mengandung

PENCEMARAN BUNYI