Make your own free website on Tripod.com

KAMBING

Text Box:

             Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang kelas mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas.

         Kambing merupakan haiwan pemakan daun. Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg rumput segar sehari. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ianya kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.

Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).

         Kambing amat tidak suka terkena air, sehingga menimbulkan satu peribahasa "Bagai kambing terkena hujan" atau di Indonesia, "Hujan turun, kambing lari". Kambing turut menyumbangkan sumber utama daging terutamanya pada musim perayaan.

Text Box: HALAMAN UTAMA