Make your own free website on Tripod.com

 

Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Gajah jantan biasanya mempunyai saiz dan berat badan yang lebih daripada gajah betina. Gajah mempunyai penglihatan yang lemah dan hanya boleh melihat dengan jelas pada jarak 3 hingga 6 meter (30 hingga 60 kaki). Bagaimanapun pendengaran dan deria bau gajah yang tajam dapat mengimbangi kelemahan penglihatannya.

 

Disebabkan badannya yang besar, gajah mempunyai telinga yang lebar yang digunakan bagi menyejukkan badannya. Jaringan salur darah di telinganya itu membantu menyejukkan badan gajah. Selain daripada itu, telinga gajah yang lebar juga menjadikan pendengaran gajah lebih sensitif dan dapat mendengar bunyi yang tidak didengari oleh haiwan lain.

 

Belalai gajah digunakan seperti tangan, mempunyai deria sentuh yang sensitif dan mempunyai pelbagai kegunaan. Belalai gajah boleh digunakan untuk menghidu gajah lain sejauh 3 kilometer, mencapai makanan, menyedut air, mempertahankan diri, menyerang, dan bersosial sesama gajah. Gajah juga mampu menghidu air di bawah tanah.

GAJAH