Banjir memang sudah dijangkakan di Pantai Timur, terutama di Terengganu dan Kelantan, pada setiap hujung tahun. Setiap kali bencana ini datang, pastinya mengorbankan penduduk khususnya kanak-kanak. Peristiwa malang ini boleh dielakkan jika ibu bapa memberikan perhatian terhadap anak-anak, terutama mereka yang tinggal di rumah yang terletak berhampiran sungai atau longkang besar. Kanak-kanak hendaklah dicegah bermain air pada musim tengkujuh kerana kealpaan boleh membawa padah.

 

Kita bimbang melihat peningkatan jumlah korban banjir setiap tahun. Kita sedar bahawa tidak ada kuasa yang boleh menahan bahaya ketika banjir dan harus menerima takdir kerana ajal dan maut ditentukan tuhan. Walau bagaimanapun, kita juga harus akui bahawa banjir adalah kejadian alam yang perlu dihadapi hampir setiap tahun dan boleh dijangkakan kedatangannya. Kita perlulah membuat persedian awal untuk menghadapi bencana ini, misalnya menyimpan dokumen penting di tempat selamat

Kesan Banjir