Make your own free website on Tripod.com
Flowchart: Multidocument: Keindahan Dasar Laut 
di Pulau Sipadan

         Salam sejahtera dan selamat datang saya ucapkan kepada saudara-saudara sekalian. Sesungguhnya keunikan dan keindahan dasar laut di Pulau Sipadan ialah syurga bagi para penyelam seperti saudara.

         Untuk makluman anda semua, pulau ini terletak di bahagian timur Sabah dan keluasannya ialah 14 hektar. Sebahagian besar daripada batu karang di perairan pulau ini masih bebas daripada sebarang aktiviti manusia. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan larangan terhadap kegiatan memburu, menangkap ikan, dan memungut batu karang serta siput. Sebarang kerosakan pada batu karang amat merugikan kerana batu karang mengambil masa 20 tahun untuk membesar.

         Oleh itu, saya meminta kerjasama daripada saudara semua agar sama-sama menjaga keindahan dasar laut di Pulau Sipadan ini. Anda boleh menyelam dan menikmati keindahannya tetapi berhati-hatilah supaya tidak mengancam hidup hidupan tersebut.

                 

Saudara-saudara sekalian,

         Selain alam lautnya yang masih terpelihara, Pulau Sipadan mempunyai keistimewaan yang lain juga. Pulau Sipadan telah diisytiharkan sebagai Sanktuari Burung pada tahun 1993. Hal ini demikian kerana wujudnya perpindahan burung dari negara luar. Oleh itu, anda bukan saja dapat menikmati keindahan laut malah dapat juga melihat pelbagai spesis burung yang jarang-jarang ada di sekitar negara kita.

         Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat meneroka keindahan Pulau Sipadan. Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan keindahan alam semulajadi di Pulau ini. Sikap ini penting kerana sebarang tindakan yang tidak bertanggungjawab akan hanya menjejaskan industri pelancongan kita. Sekian, terima kasih.