Make your own free website on Tripod.com
Lawatan ke 
Kuala Lumpur

         Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan ini dianjurkan oleh pihak sekolah. Terdapat seramai 41 orang murid dan lima orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ini.

         Antara tempat menarik yang kami lawati ialah Menara Berkembar Petronas. Menara ini merupakan antara bangunan tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai reka bentuk yang unik.

         Kami juga melawat ke Menara Kuala Lumpur. Di sana, kami makan tengah hari di restoran berputar. Selepas itu, kami melawat ke Muzium Negara, Zoo Negara, dan Perpustakaan Negara. Semasa melawat ke Muzium Negara, pelbagai benda dapat kami lihat seperti barang-barang artifak bersejarah yang dipamerkan. Lawatan kami yang terakhir adalah ke Tasik Titiwangsa.

         Lawatan ini memberikan pengalaman yang berguna kepada kami. Kami berasa bangga kerana dapat melihat bangunan-bangunan pencakar langit yang menjadi simbol kemegahan negara.