Make your own free website on Tripod.com
BUAH-BUAHAN YANG LAZAT

         Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan yang lazat. Buah-buahan ini biasanya di tanam di kebun. Terdapat juga buah-buahan yang masak mengikut musim. Contohnya buah durian, rambutan dan manggis. Selain itu, terdapat juga buah-buahan tropika seperti tembikai dan nanas.

         Tembikai berasal dari Asia. Tembikai hidup menjalar dan tumbuh dengan subur di tempat yang mendapat cukup cahaya matahari. Isi tembikai lazat, manis dan banyak mengandungi air. Isinya berwarna merah dan ada yang berwarna kekuning-kuningan. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dimesin untuk mendapatkan jusnya.

         Nanas pula dipercayai berasal dari Amerika Syarikat. Di negara kita, nanas banyak ditanam di Johor dan Selangor. Pokok nanas boleh mengeluarkan buah pada bila-bila masa sepanjang tahun. Ia tidak berbuah mengikut musim. Nanas ditanam daripada keratan pucuk. Apabila pokoknya telah tua, tunas muda akan tumbuh di bahagian bawahnya. Tunasnya ini akan membesar dan berbuah. Isi nanas sangat manis. Nanas juga boleh dimasak dan dimakan begitu sahaja.